MEMULAKAN LANGKAH MENCARI TAPAK PREMIS

Ramai yang bertanya kami bagaimana hendak memulakan pencarian tapak2 premis. Di sini kami akan terangkan apa yang perlu anda lakukan.

1) Dapatkan senarai sekolah berasrama, kolej dan universiti di tempat berhampiran anda.

Modal adalah isu utama untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Beroperasi jauh dari tempat tinggal anda akan menambahkan lagi kos modal permulaan untuk mendapatkan tapak, pemasangan, dan servis selepas pemasangan sebelum kutipan pertama. Mulakan dengan premis2 berhampiran anda dahulu sebelum dikembangkan ke tempat2 lain.

2) Sediakan kertas kerja untuk dihantar kepada pemilik premis.

Kami ada menyediakan contoh kertas kerja kepada pengusaha2 yang berminat. Anda boleh 'edit' kertas kerja ini untuk menjadikannya kertas kerja syarikat anda. Kertas kerja yang siap di'edit' hendaklah di'print' secara 'color print' sebelum di 'binding' untuk memberi 'value' kepada kertas kerja anda ini. Penghantaran juga hendaklah dilakukan 'by hand' kepada pengetua sekolah, pengarah kolej atau HEP untuk universiti2. Buat pembentangan kertas kerja anda di hadapan mereka2 ini.

Note : Anda perlu berdaftar dengan kementerian kewangan di bawah nombor kod DOBI untuk membolehkan anda beroperasi di sesetengah kolej dan universiti. Universiti awam juga memerlukan anda mendaftar sebagai vendor di pejabat bendahari universiti sebelum anda dipanggil untuk temuduga tender.

3) Tindakan Susulan (follow up) melalui telefon.

Tindakan susulan (follow up) perlu dilakukan di mana2 premis yang anda hantar kertas kerja anda sebelumnya. Anda hanya perlu telefon kepada pemilik2 premis untuk membuat 'follow up' ini. Ada sesetengah tempat yang memakan masa sehingga dua tiga bulan sebelum anda dapat tawaran pemasangan.

4) Dapatkan surat tawaran pemasangan dari pemilik premis sekiranya anda ditawarkan tapak.

Surat tawaran ini boleh anda gunakan untuk dimuatkan di dalam kertas kerja anda yang seterusnya. Ini menambahkan lagi 'value' kertas kerja anda dengan adanya surat2 tawaran dari tempat2 lain. Surat tawaran ini juga boleh digunakan sebagai bukti operasi sah anda sekiranya timbul masalah akibat dari pertukaran pengetua atau pengarah. Kami turut menyediakan contoh surat perjanjian sekiranya diminta oleh sesetengah pemilik premis ini.

5) Lawatan tapak untuk setiap unit mesin.

Kebanyakan premis tidak menyediakan bilik dobi yang khusus untuk tujuan dobi layan diri ini. Anda perlu menyediakan pendawaian elektrik, paip air dan paip buangan (drain). Anda boleh mengupah charge-man untuk pendawaian plug 3 pin dan tukang paip untuk paip air dan paip buangan. Contoh2 pemasangan boleh anda lihat laman blog ini.

6) Beli mesin basuh di kedai2 elektrik berhampiran.

Kami cadangkan mesin basuh jenis LG muatan atas (top load) 7 kilo - model WF-CL700 untuk sekolah-sekolah berasrama atau LG muatan atas 7.5 kilo model WF-CL750 untuk kolej-kolej dan universiti-universiti. Sebab2 kami memilih jenama ini telah pun kami terangkan di penulisan sebelum ini. Minta penghantaran terus ke tempat2 pemasangan secara percuma. Ini akan menjimatkan kos transport selain dari harga berpatutan yang anda dapatkan sendiri dari pihak kedai.

7) Pemasangan black box oleh pihak kami.

Kami akan membuat penyambungan blackbox dan metallic hose di kuantan. Kami akan turun ke tempat pemasangan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak anda. Untuk pemasangan di tempat yang memerlukan kami menginap di sana, tambahan kos penginapan akan dikenakan. Anda akan diajar tentang cara2 pemasangan, servis atau apa2 yang berkaitan dengan operasi mesin ini. Ini akan membolehkan anda membuat pemasangan sendiri untuk projek2 berikutnya.

Beginilah caranya untuk anda memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Yang penting perlu ada sedikit usaha dari pihak anda serta sedikit bimbingan dari pihak kami. Kami percaya anda mampu lakukannya.