KEMBALI KE PANGKAL JALAN (PART 1)

Salam semua,

Sori dah lama tak update blog ni. sibuk sikit dengan tempahan dan 'pertapaan'. Pertapaan bahasa orang dulu2. Bahasa moden R&D.

Sekali lagi, saya Shamsudin, yang menguruskan blog ni. Kalau nak marah pun sebab tak update blog, senang sikit tau siapa punya angkara.

TERKINI

Persaingan yang sihat. Makin ramai pengeluar timer box kat Malaysia. Lagi banyak pilihan untuk pengusaha. Nak cari yang termurah, yang tercanggih, dan macam2 'yang' lagi. Berita buruk sikit dari kami, harga kami tak turun, tak naik. Camtu jugak. Sebab kami yakin produk kami takde masalah telan duit dan sebagainya. Tapi macam biasa, kami tetap tak puashati dan nak bagi yang terbaik lagi.

Mungkin dalam orang sibuk memperkatakan kehebatan bisnes ni, kami memandang dari segi keburukan yang ada, yang berlaku kepada pengusaha, dengan basuhan free lepas potong wayar sambungan, dengan duit kena curi lepas kotak berjaya dibuka dan masalah2 lain. Kesian la dah beli2 barang, macam2 hal pulak yang timbul.

PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (UJ LUNDRY YG TAKSUB)


KISAH DAN TELADAN - UJ LAUNDRY YG TAKSUB

Masih ingatkah kita semua tentang keegoan ayat 'kami adalah peminat mesin LG dari dulu, kini dan selamanya' untuk operasi mesin basuh 7kg topload di asrama? Memang tak boleh 'pakai' la ayat dulu, kini dan selamanya tu. Dari segala sudut lak tu.

Setahun dua ni LG ada buat sedikit perubahan pada mesin basuh 7kg topload. Mungkin sebahagian dari idea untuk 'cost saving', diorang buang paparan 'timer' pada mesin dan fungsi ' auto resume' selepas 'blackout' atau 'power supply cut-off'. Ini bermakna, 7kg topload dah jadi 'low end product' utk diorang.

Sebenarnya tak memberi kesan pun untuk 'timer box' jenis lama. Ye la bila 'power lost', timer box akan 'reset' walaupun timer ada lagi dan 'cycle' basuhan belum abis. Mesin basuh dengan fungsi 'auto resume cycle' pun tak membantu kalau 'timer box' takde 'power off memory function'. Sebab tu kami maintain je guna LG, mangambil kira faktor ketahanan dan penjimatan.

 

PART 4 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI MENGALAH DAN LAGI CERITA TENTANG SOFEA!!)


Nota kepala :- Ramai yang komen page http://ujelectronic.webs.com yang berbahasa London. Baru nak test skill dalam ber’grammar’, tapi ramai yang buat2 tak faham pulak. Takpe, senarai produk berbahasa ibunda, kami guna muka buku https://www.facebook.com/dobilayandiri1 Dekat page tu ada butang bertanda ‘like’. Faham2 la.

Kita dah abis bab mesin2 yang sesuai untuk operasi dobi layan diri di asrama dengan kehebatan mesin ‘split system’ mengatasi mesin2 komersial. Dan kita juga mengendurkan sedikit pendirian dengan  penerimaan mesin2 komersial hanya sekiranya perlu, dengan perubahan cara operasi yang boleh membantu kedua2 pihak, pengusaha dan juga pengguna.

Tetapi, untuk operasi dobi layan diri di kedai dobi, masa untuk mesin2 ‘split system’ mengalah sambil mencari sedikit peluang untuk mencelah kalau ada, semata2 untuk mengurangkan sedikit modal permulaan. Modal yang lebih rendah mampu mengundang penglibatan lebih ramai pengusaha disamping beberapa cadangan lokasi baru yang akan diutarakan untuk operasi dobi layan diri.

OPERASI KEDAI DOBI LAYAN DIRI

Banyak perbezaan antara operasi dobi layan diri di kedai2 dan asrama. Perbezaan2 ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemilihan2 mesin yang sesuai yang mampu menjana keuntungan yang paling optimum untuk pengusaha. Antara faktor2 yang perlu dititikberatkan dalam memilih mesin2 untuk kedai dobi adalah:

Keseragaman, panorama mesin2 canggih yang solid

Gambar hiasan ; Takde la nak sampai secanggih macam ni. Tapi keseragaman memang menampakkan kecanggihan.



PART 3 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI? & KISAH MENYAYAT HATI)

Bila Mesin Komersial Menjadi Pilihan
 

Bersesuaian dengan nama versi berdamai ni, mesin2 komersial jugak tidak harus kita lupakan. Pihak pengurusan IPT juga menjadi titik penentu dalam pilihan kita dalam memilih mesin2. Dan sebagai pengedar yang lengkap dengan kedua2 operasi dobi ‘split system’ dan dobi komersial, kami seboleh2nya tidak berpihak kepada sesiapa dan menyediakan khidmat nasihat kepada semua pengusaha2 .
 

1. Imej ‘ala2 koporat’ penting semasa menghadiri interview atau membuat pembentangan kertas kerja. Ini berpadanan dengan status mesin komersial yang dibawa dan standard tukang2 interview yang rata2nya berjawatan tinggi dalam pengurusan kolej dan universiti. Imej ‘ala2 koporat’ ni sedikit sebanyak boleh mengaburi mata pihak pengurusan berbanding imej biasa dengan safety shoes yang sebenarnya menunjukkan ‘strong technical background’si pemakainya dalam bidang dobi.





PART 2 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

3. Pemandangan biasa di lokasi2 mesin basuh di asrama adalah banyaknya mesin2 komersial tersadai tidak berfungsi. Penggunaan mesin2 ‘recon’ jugak memburukkan lagi keadaan dan lebih mudah rosak disebabkan usia ‘veteren’ mesin2 yang digunakan. Pusat2 servis mesin2 komersial hampir kesemuanya berada di sekitar KL dan Selangor. Dan ini menjadi masalah untuk mendapatkan technician bila mesin rosak untuk lokasi mesin di luar KL. Kena ikut jadual technician yang tak berapa ramai, tapi kena jaga seluruh Malaysia. Dan yang paling sengsara, adalah pengguna2 atau pelajar2 yang terpaksa membasuh baju secara manual.

Tiada yang ‘perfect’ kalau barang2 elektrik ni. Bila2 masa boleh rosak, tak kira mesin2 komersial body besi ke, mesin2 home appliance body plastic ke. Cuma bezanya mesin2 home appliance ni kat mana2 boleh repair. Tak perlu tunggu technician2 datang. Kos pembaikian pun murah dan cepat sebab spare part senang nak dapat. Takde la lama sangat student kena tunggu dapat semula mesin.

Perbaiki Kelemahan Sendiri!

Anda jugak perlu menyediakan penyelesaian untuk kelemahan2 mesin home appliance. Kelemahan2 ni memang hampir semua pihak pengurusan IPT dah tau. Sebabnya, kelemahan2 ni dah dijaja oleh pengusaha2 mesin2 komersial untuk menutup kelebihan ‘beraksi’ dengan duit kertas yang ada pada mesin2 home appliance ni.

PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI?)

Pilihan sebenar mesin2 dobi layan diri ini bergantung kepada bajet modal permulaan pengusaha. Yang terbaik untuk kedai2 dobi layan diri adalah dari jenis komersial, yang kami akan perincikan nanti. Pun begitu, pihak pengedar termasuk kami tidak menolak penggunaan mesin2 home appliance yang digabungkan dengan timer box terbaik untuk kemudahan pembayaran oleh pengguna.

Mesin yang terbaik untuk asrama pula adalah mesin2 dari jenis home appliance dengan gabungan timer box yang memudahkan pembayaran oleh pengguna. Selain memudahkan pengguna dalam membuat bayaran, harga yang murah dan kos maintenance yang rendah dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini.

Berbeza dengan pilihan mesin kedai dobi yang sepenuhnya ditangan pengusaha, mesin2 dobi di asrama dipengaruhi kehendak pihak pengurusan. Dan sekiranya anda mampu menurut kehendak pengurusan kea rah mesin jenis komersial, teruskan la. Pengedar barangan tidak menolak bisnes tak kira sekecil2 mana jumlahnya.



KONSEP TIMER BOX UNTUK DOBI LAYAN DIRI (VERSI EMOSI)

Secara Am

Semua orang tau yang untuk mesin basuh beroperasi memerlukan tenaga elektrik dari plug 3 pin dan air dari kepala paip dialirkan kepadanya. Tu 'basic concept' untuk mesin basuh. Untuk dryer, hanya tenaga elektrik sahaja yang diperlukan.

Pengaliran air adalah secara automatik setelah mesin basuh beroperasi. Dengan kata lain, anda mengawal kedua2 elektrik dan air dengan hanya mengawal elektrik masuk ke mesin basuh.

Detail Sikit

Teknik pengawalan elektrik masuk secara berbayar ini diaplikasikan di dalam dobi layan diri 'split system'. Button ON/OFF untuk menghidupkan mesin hanya berfungsi setelah pembayaran dibuat dan timer box mula 'counting' tempoh masa aliran elektrik.