JENAMA LG MURAH DAN MENJIMATKAN


Kami juga menjalankan perniagaan dobi layan diri ini melalui syarikat-syarikat proksi kami. Dan seperti biasa, ada kolej atau universiti yang mahukan pemasangan meter elektrik dan air untuk caj utiliti selain dari caj sewa tapak wajib. Jadi, adalah sangat penting untuk memilih jenama mesin basuh yang menjimatkan dalam penggunaan utiliti ini. Penggunaan mesin LG ini adalah bertepatan dengan penjimatan kos utiliti ini.

SPESIFIKASI MESIN LG

Kapasiti Muatan Penuh 7.0 kilogram

Warna Mesin Free silver

Dimensi Mesin(W x D x Hmm) 572 x 598 x 965

Berat Mesin ( KG ) 134

Sistem Kawalan Fuzzy logic

Algorisme Basuhan Basuh – bilas – kering

Program Basuhan 9

Jumlah Masa Pusingan Basuhan (minit ) 45

Paparan Digital Paparan 88

Noise Level (db ) Membasuh/Mengering 45/52

Kadar Pusingan Motor (rpm ) 50 Hz 700

Kuasa Masukan (Watt ) 50 Hz 290

Maximun Power Consumption ( W/h ) 50 Hz 85

Water Consumption Cycle (liter ) 75 liter

Penggunaan Elektrik

Melalui spresifikasi di atas, penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

1kW = 1000 W = RM 0.218

Maksimum Penggunaan Elektrik setiap basuhan = 85W @ RM 0.018

Masa basuhan lengkap adalah 45 minit = RM 0.014 (1.4 sen per basuhan)

Penggunaan Air

Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak 75 liter.

Pengiraan adalah seperti berikut :

1 m3 = 1000 liter = RM 0.57

75 liter = RM 0.57 x 75/1000 = RM 0.042 bagi setiap basuhan lengkap.

Jumlah penggunaan Utiliti = Elektrik + Air

= RM 0.014 + RM 0.042

= RM 0.056 ( 5.6 sen bagi tiap basuhan lengkap)

Purata penggunaan maksimum = 5 kali basuhan sehari @

150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari)

= 150 x RM 0.056
= RM 8.40 sebulan

Pengiraan ini boleh dimuatkan di dalam kertas kerja anda untuk mendapatkan pengecualian pemasangan meter elektrik dan air. Anda boleh menawarkan kadar utiliti tetap sebanyak RM10 untuk setiap mesin selain dari kos sewa tapak wajib.