PELAN PEMASANGAN UTILITI

Ramai pengusaha yang memandang remeh dalam menyediakan sumber2 utiliti untuk operasi dobi layan diri ini. Pemasangan dibuat sambil lewa dan menggunakan barangan yang rendah kualitinya untuk mengurangkan kos pemasangan. Ini boleh menjejaskan imej syarikat di mata pemilik2 premis dan menyukarkan penyambungan kontrak nanti.

Di sini, kami ingin sekali lagi mencadangkan kepada pengusaha2 yang menggunakan black box kami untuk menggunakan wireman dan plumber yang bertauliah dan memerhatikan kualiti kerja2 mereka untuk mendapatkan kepercayaan pemilik2 premis.