SELAMAT DATANG


Salam dan selamat datang ke laman web saya. Untuk pengetahuan pengusaha2 sedia ada, kami dalam proses upgrade kotak2 blackbox kami dari syiling ke pattern NCB-01U, slot duit kertas dan slot syiling dalam kotak upgrade. Kami turut menawarkan pakej upgrade kepada pemilik2 blackbox.
Quotation akan dihantar kepada sesiapa yang berminat dengan harga fix untuk modified kotak dan selebihnya bergantung kepada barang2 yang ditambah. Hubungi kami menggunakan email di bawah.  

Shamsudin
uj.laundry@yahoo.com

BLACKBOX KE BLUEBOX


SEBELUM


SELEPAS

MENGAPA PERLU UPGRADE BLACKBOX KE NCB-01U

NCB-01U adalah mengikut pattern NCB-01 dengan menyediakan kedua2 slot, wang kertas dan syiling, baru dan lama. Ini memberi kemudahan maksimum kepada pengguna dengan 3 kaedah pembayaran :

1. Wang kertas sahaja.
2. Duit syiling sahaja.
3. Gabungan wang kertas dan syiling.

Pattern upgrade ini boleh membantu pengusaha sedia ada dalam menyediakan pattern NCB-01 kepada pengguna dengan kos yang rendah sedikit berbanding membeli keseluruhan sistem NCB-01 yang baru. Ini penting untuk pengusaha2 dobi layan diri menggunakan sistem2 'split'seperti kita dalam mengekalkan kelebihan kaedah pembayaran berbanding mesin2 import yang masih dengan 'single slot' duit syiling lama.

NCB-01U mengitar semula coin slot sekiranya berfungsi untuk menerima syiling baru dan lama dan timer card (PCB) di mana kos2 barangan kitar semula ini akan ditolak dari harga NCB-01U siap dipasang nanti.

JENAMA LG MURAH DAN MENJIMATKAN


Kami juga menjalankan perniagaan dobi layan diri ini melalui syarikat-syarikat proksi kami. Dan seperti biasa, ada kolej atau universiti yang mahukan pemasangan meter elektrik dan air untuk caj utiliti selain dari caj sewa tapak wajib. Jadi, adalah sangat penting untuk memilih jenama mesin basuh yang menjimatkan dalam penggunaan utiliti ini. Penggunaan mesin LG ini adalah bertepatan dengan penjimatan kos utiliti ini.

SPESIFIKASI MESIN LG

Kapasiti Muatan Penuh 7.0 kilogram

Warna Mesin Free silver

Dimensi Mesin(W x D x Hmm) 572 x 598 x 965

Berat Mesin ( KG ) 134

Sistem Kawalan Fuzzy logic

Algorisme Basuhan Basuh – bilas – kering

Program Basuhan 9

Jumlah Masa Pusingan Basuhan (minit ) 45

Paparan Digital Paparan 88

Noise Level (db ) Membasuh/Mengering 45/52

Kadar Pusingan Motor (rpm ) 50 Hz 700

Kuasa Masukan (Watt ) 50 Hz 290

Maximun Power Consumption ( W/h ) 50 Hz 85

Water Consumption Cycle (liter ) 75 liter

Penggunaan Elektrik

Melalui spresifikasi di atas, penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

1kW = 1000 W = RM 0.218

Maksimum Penggunaan Elektrik setiap basuhan = 85W @ RM 0.018

Masa basuhan lengkap adalah 45 minit = RM 0.014 (1.4 sen per basuhan)

Penggunaan Air

Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak 75 liter.

Pengiraan adalah seperti berikut :

1 m3 = 1000 liter = RM 0.57

75 liter = RM 0.57 x 75/1000 = RM 0.042 bagi setiap basuhan lengkap.

Jumlah penggunaan Utiliti = Elektrik + Air

= RM 0.014 + RM 0.042

= RM 0.056 ( 5.6 sen bagi tiap basuhan lengkap)

Purata penggunaan maksimum = 5 kali basuhan sehari @

150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari)

= 150 x RM 0.056
= RM 8.40 sebulan

Pengiraan ini boleh dimuatkan di dalam kertas kerja anda untuk mendapatkan pengecualian pemasangan meter elektrik dan air. Anda boleh menawarkan kadar utiliti tetap sebanyak RM10 untuk setiap mesin selain dari kos sewa tapak wajib.

BERAPA PENDAPATAN YANG BAKAL KITA DAPAT

Untuk pengiraan pendapatan ini, kita gunakan operasi di sekolah berasrama sebagai contoh. Pendapatan di sekolah berasrama adalah yang terendah berbanding kolej atau universiti. Kita gunakan purata basuhan 5 kali sehari untuk setiap mesin yang dipasang berdasarkan purata 1 mesin untuk setiap 100 pelajar.

5 basuhan x 30 hari = 150 basuhan sebulan.

Caj yang dikenakan untuk sekali basuhan adalah RM2.

150 basuhan x RM2 = RM300 kutipan bulanan.

Sewa tapak untuk setiap unit mesin di sekolah berasrama adalah RM35.

RM300 - RM35 = RM265 kutipan bersih untuk setiap mesin. Ini adalah lebih dari 10% modal permulaan RM2300. Anda akan dapat pulangan modal kurang dari 10 bulan beroperasi.

Pengiraan ini adalah untuk operasi di sekolah berasrama. Jika anda berjaya mendapatkan premis2 seperti kolej atau universiti, anda akan mendapat pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Mulakan pencarian tapak2 premis dari sekarang. Hubungi kami untuk pemasangan setelah anda berjaya.

MEMULAKAN LANGKAH MENCARI TAPAK PREMIS

Ramai yang bertanya kami bagaimana hendak memulakan pencarian tapak2 premis. Di sini kami akan terangkan apa yang perlu anda lakukan.

1) Dapatkan senarai sekolah berasrama, kolej dan universiti di tempat berhampiran anda.

Modal adalah isu utama untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Beroperasi jauh dari tempat tinggal anda akan menambahkan lagi kos modal permulaan untuk mendapatkan tapak, pemasangan, dan servis selepas pemasangan sebelum kutipan pertama. Mulakan dengan premis2 berhampiran anda dahulu sebelum dikembangkan ke tempat2 lain.

2) Sediakan kertas kerja untuk dihantar kepada pemilik premis.

Kami ada menyediakan contoh kertas kerja kepada pengusaha2 yang berminat. Anda boleh 'edit' kertas kerja ini untuk menjadikannya kertas kerja syarikat anda. Kertas kerja yang siap di'edit' hendaklah di'print' secara 'color print' sebelum di 'binding' untuk memberi 'value' kepada kertas kerja anda ini. Penghantaran juga hendaklah dilakukan 'by hand' kepada pengetua sekolah, pengarah kolej atau HEP untuk universiti2. Buat pembentangan kertas kerja anda di hadapan mereka2 ini.

Note : Anda perlu berdaftar dengan kementerian kewangan di bawah nombor kod DOBI untuk membolehkan anda beroperasi di sesetengah kolej dan universiti. Universiti awam juga memerlukan anda mendaftar sebagai vendor di pejabat bendahari universiti sebelum anda dipanggil untuk temuduga tender.

3) Tindakan Susulan (follow up) melalui telefon.

Tindakan susulan (follow up) perlu dilakukan di mana2 premis yang anda hantar kertas kerja anda sebelumnya. Anda hanya perlu telefon kepada pemilik2 premis untuk membuat 'follow up' ini. Ada sesetengah tempat yang memakan masa sehingga dua tiga bulan sebelum anda dapat tawaran pemasangan.

4) Dapatkan surat tawaran pemasangan dari pemilik premis sekiranya anda ditawarkan tapak.

Surat tawaran ini boleh anda gunakan untuk dimuatkan di dalam kertas kerja anda yang seterusnya. Ini menambahkan lagi 'value' kertas kerja anda dengan adanya surat2 tawaran dari tempat2 lain. Surat tawaran ini juga boleh digunakan sebagai bukti operasi sah anda sekiranya timbul masalah akibat dari pertukaran pengetua atau pengarah. Kami turut menyediakan contoh surat perjanjian sekiranya diminta oleh sesetengah pemilik premis ini.

5) Lawatan tapak untuk setiap unit mesin.

Kebanyakan premis tidak menyediakan bilik dobi yang khusus untuk tujuan dobi layan diri ini. Anda perlu menyediakan pendawaian elektrik, paip air dan paip buangan (drain). Anda boleh mengupah charge-man untuk pendawaian plug 3 pin dan tukang paip untuk paip air dan paip buangan. Contoh2 pemasangan boleh anda lihat laman blog ini.

6) Beli mesin basuh di kedai2 elektrik berhampiran.

Kami cadangkan mesin basuh jenis LG muatan atas (top load) 7 kilo - model WF-CL700 untuk sekolah-sekolah berasrama atau LG muatan atas 7.5 kilo model WF-CL750 untuk kolej-kolej dan universiti-universiti. Sebab2 kami memilih jenama ini telah pun kami terangkan di penulisan sebelum ini. Minta penghantaran terus ke tempat2 pemasangan secara percuma. Ini akan menjimatkan kos transport selain dari harga berpatutan yang anda dapatkan sendiri dari pihak kedai.

7) Pemasangan black box oleh pihak kami.

Kami akan membuat penyambungan blackbox dan metallic hose di kuantan. Kami akan turun ke tempat pemasangan pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak anda. Untuk pemasangan di tempat yang memerlukan kami menginap di sana, tambahan kos penginapan akan dikenakan. Anda akan diajar tentang cara2 pemasangan, servis atau apa2 yang berkaitan dengan operasi mesin ini. Ini akan membolehkan anda membuat pemasangan sendiri untuk projek2 berikutnya.

Beginilah caranya untuk anda memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Yang penting perlu ada sedikit usaha dari pihak anda serta sedikit bimbingan dari pihak kami. Kami percaya anda mampu lakukannya.

PELAN PEMASANGAN UTILITI

Ramai pengusaha yang memandang remeh dalam menyediakan sumber2 utiliti untuk operasi dobi layan diri ini. Pemasangan dibuat sambil lewa dan menggunakan barangan yang rendah kualitinya untuk mengurangkan kos pemasangan. Ini boleh menjejaskan imej syarikat di mata pemilik2 premis dan menyukarkan penyambungan kontrak nanti.

Di sini, kami ingin sekali lagi mencadangkan kepada pengusaha2 yang menggunakan black box kami untuk menggunakan wireman dan plumber yang bertauliah dan memerhatikan kualiti kerja2 mereka untuk mendapatkan kepercayaan pemilik2 premis.