Dobi Layan Diri : Penerangan Pengusaha Baru Dan Peralatan Yang Sesuai

Salam semua,

Terdapat pertanyaan camne dobi layan diri ini berfungsi dari membe2 yang berminat dengan bisnes ini. Mungkin sebab takde detail penerangan untuk orang ramai. Risau kot2 la ramai yang terlibat, tertutup pulak peluang group2 yang sedia ada.Kalau ada penerangan pun, kena bayar la harga buku, tak pun bayar yuran kursus. Tapi takpe, asalkan harga yang dibayar tu berbaloi. Dapat ilmu lengkap pasal dobi ni. Kat sini, saya cuba terangkan sedetail mungkin pasal dobi layan diri. Harap2 tak boring la membaca dan dapat digunakan dalam menentukan pilihan sistem, mesin, lokasi dsb.

Sejarah nama dobi layan diri atau 'self service laundry' ni bersempena pengguna2 kena buat sendiri basuhan dan pengeringan dari A sampai Z. Ramai yang akan teringat dengan cerita Mr Bean dekat kedai dobi layan diri tu. Pengguna akan buat bayaran terlebih dulu pada coinbox atau coin slot yang disediakan.

Pilihan sistem

Terdapat 2 jenis sistem untuk mesin :

1) 'imported coin-op washing machine and dryer' yang lengkap dengan coin slot oleh pengeluar

2) 'split system' dimana coinbox keluaran China atau Malaysia digabungkan dengan mesin2 basuh dan dryer 'home appliance' yang ada di pasaran.

Kita bolehlah buat pilihan dari jenis sistem mesin mana yang nak digunakan, tetapi kebiasaannya dipengaruhi oleh supplier2 yang kita pilih jugak, ikut mesin apa yang diorang ada.

'Commercial Coin-op washing machine and dryer'


Continental girbau - commercial coin-op econ o wash
Continental girbau - commercial coin-op econ o dry


Mesin2 ni memang dah siap2 dengan coin slot yang dibekalkan oleh pengeluar. Ada slot yang jenis masuk sekeping2, ada yang jenis slide, atur maksimum 7 keping pastu slide masuk. Ada yang panggil mesin ni mesin original sbb dah 'built in' coin slot. Jenis2 yang ada continental girbau econ o wash dan econ o dry, maytag, speedqueen, huebsch dsb. Kelebihan mesin2 ni bayaran dibuat berdasarkan 1 complete cycle. Kalau air slow ke still tunggu sampai siap. air tak bertakung la.

'Split system'


Padanan NCB-01 dengan mesin LG top load 7kg


Sistem ni coinbox atau timer box disambungkan ke mesin2 basuh yang biasa kita tengok kat rumah. Current dilepaskan ikut timer. Kalau 50 minit, maknanya 50 minit la current lepas ke mesin. Pengguna boleh guna dlm masa 50 minit tu je. Ada kemungkinan air bertakung kalau air slow, tapi pengusaha boleh tukar setting masa untuk bagi basuhan / pengeringan complete. Ada brand LG, samsung, toshiba dsb. Geng2 mesin original panggil ni mesin modified, tapi sebenarnya tak pun. Dah clear dengan pengeluar mesin, setakat potong wayar supply tak dipanggil modified. Warranty tak hilang.

Yang bestnya ada macam2 cara bayaran boleh buat. Ada coinbox syiling je, ada jugak duit kertas je, tapi yang paling best memang la yang ada duit kertas dengan syiling. Ala yang NCB tu. Lepas2 ni nak support coinbox syiling pengusaha2 yang ada dengan bluebox 'coin/token changer' lak. Insyaalah seminggu dua lagi kluar la tu. Coinbox token pun ada nanti sebab boleh guna 'coin/token changer gak. Last sekali yang paling canggih la, smart card coinbox. Alahai kempen la pulak. Sori2.

Tapi hati2 dengan 'split system' yang modified mesin basuh. Ada yang tukar computer board mesin basuh nak jadikan bayaran dari coinbox per complete 1 cycle basuhan. Yang ni ilang warranty. Dengar2 cerita ada.

Pilihan Mesin

Mesin2 yang digunakan bolehla dipecahkan kepada 3 kategori. Masing2 ada kelebihan dan tak kurang jugak kelemahan.

1) Commercial coin-op washer and dryer

Untuk mereka yang memilih set 'built-in coin slot dan washing machine'. Dengan harga yang lebih mahal, satu2nya kelebihan tiada masalah air bertakung sebab bayaran dibuat ikut basuhan lengkap, bukan berdasarkan masa. Kelemahan yang pasti. bayaran hanya boleh dibuat dengan samada 20 sen atau 50 sen duit lama sahaja.

Terdapat pilihan untuk operasi dryer samada electric heating atau gas heating sebagai pilihan.

2) Commercial on premise laundry (OPL) washer and dryer


'Split system' ini agak baru dengan menggunakan commercial washer dan dryer yang lebih heavy duty digabungkan dengan coinbox pilihan sendiri samada duit kertas, syiling atau kedua2nya. OPL washer dan dryer ni sama jenis dengan coin-op washer dan dryer, cuma tanpa coin slot.

3) Home appliances washer dan dryer

Sistem ini adalah yang termurah di pasaran. Menggunakan mesin2 basuh dan dryer yang guna kat umah, dipadankan dengan coinbox yang control power masuk keluar ke mesin. Operasi mesin ini menggunakan timer, kemungkinan air bertakung sekiranya basuhan belum selesai sedangkan timer pada coinbox dah abis.
Masalah ini boleh diatasi dengan menambah timer, bergantung kepada tekanan air.

Pilihan lokasi

Secara amnya, lokasi mesin2 dobi layan diri ada 2 :

1) Operasi di asrama sekolah, kolej, universiti dsb.



Lokasi ni menjadi rebutan pengusaha2, sanggup buat apa sahaja nak dapatkan lokasi asrama ni. Kenapa?, sebab sewa tapak lebih murah, pelanggan2 tetap dari kalangan pelajar dengan jumlah basuhan yang banyak. Pun begitu, caj2 basuhan pengeringan di lokasi ini lebih murah, standard rm2 je skarang ni.

Untuk mendapatkan lokasi asrama ni sedikit leceh. Banyak yang nak kena buat. Presentation, perbincangan, tender, interview, berlawan dengan pengusaha2 lain. Tapi sekali dapat berbaloi, berpadanan dengan usaha2 yang kita buat.

2) Operasi dobi layan diri secara kedai dobi (shop lot)

Kedai2 dobi layan diri sekarang ni menjadi pilihan pengusaha2. Tak payah nak gaduh2 rebut2, pilih je tempat yang sesuai, dah boleh start. Pengguna2 skarang pun dah ramai yang memilih penggunaan mesin2 layan diri. Tak perlu kedai yang besar pun sebenarnya. Ada kedai separuh dah boleh buat kalau pandai susun atur mesin. Tu tanggungjawap pembekal macamana nak atur mesin untuk jimat space. Tanggungjawap pembekal jugak cuba minimumkan modal dengan jumlah mesin paling banyak.

Ni lah sedikit sebanyak macamana dobi layan diri ni berfungsi. Kami sebagai pembekal, komited untuk membantu anda dengan mencadangkan sistem paling sesuai dengan modal yang paling minimum.


Sekian.

Shamsudin