PART 3 : PILIHAN MESIN2 YANG SESUAI UNTUK OPERASI DOBI LAYAN DIRI (VERSI BERDAMAI? & KISAH MENYAYAT HATI)

Bila Mesin Komersial Menjadi Pilihan
 

Bersesuaian dengan nama versi berdamai ni, mesin2 komersial jugak tidak harus kita lupakan. Pihak pengurusan IPT juga menjadi titik penentu dalam pilihan kita dalam memilih mesin2. Dan sebagai pengedar yang lengkap dengan kedua2 operasi dobi ‘split system’ dan dobi komersial, kami seboleh2nya tidak berpihak kepada sesiapa dan menyediakan khidmat nasihat kepada semua pengusaha2 .
 

1. Imej ‘ala2 koporat’ penting semasa menghadiri interview atau membuat pembentangan kertas kerja. Ini berpadanan dengan status mesin komersial yang dibawa dan standard tukang2 interview yang rata2nya berjawatan tinggi dalam pengurusan kolej dan universiti. Imej ‘ala2 koporat’ ni sedikit sebanyak boleh mengaburi mata pihak pengurusan berbanding imej biasa dengan safety shoes yang sebenarnya menunjukkan ‘strong technical background’si pemakainya dalam bidang dobi.